|
Salam
persahabatan, jika anda baru diblog ini anda digalakkan untuk
subscribe RSS feed blog ini. Klik
disini dan
terimakasih kerana melawat. |
03 Jun
Posted by Mezain as Affiliate, Teknik Pemasaran, minisite

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya. Contoh minisite klik disini.
Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.
Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.
Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain lain jenis laman web sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.
Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.
Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.
Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tak tahu cara membinanya, maka saya amat mengesyorkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite anda.
Anda boleh gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload dan sebagainya. Saya tak mahu bercerita panjang, apa kata anda lihat sahaja ke URL berikut untuk maklumat lanjut: http://use-sell.com/2/s68451/1511581pi/85697
Salam Bahagia.
![]()
Sebagaimana yang kita ketahui penggunaan emel sebagai penyampai maklumat terkini yang begitu cepat dan pantas. Ia umpama virus yang begitu cepat disebarkan. Jadi adalah satu kerugian jika kita tidak menggunakan kesempatan atau kemudahan emel ini sebagai satu teknik yang mudah dalam pemasaran atau promosi yang agak berkesan untuk perniagaan yang kita jalankan.
Salah satu teknik yang digunakan melalui emel ialah Sig File. Saya dulupun tak pernah guna sig file ni. Mungkin masa tu tak ambil port atau tiada keperluan untuk menggunakannya. Setelah memasuki dunia IM sekarang barulah saya faham penggunaan sig file.
Secara ringkas sig file ini adalah singkatan bagi Signature File, dimana ia adalah maklumat atau pengenalan ringkas diri anda. Sig file mengandungi maklumat berkenaan anda, laman web, emel, no. telefon dan beberapa patah perkataan sebagai promosi ringkas.
Mungkin ada beratus teknik yang dilakukan untuk tujuan promosi dan sig file adalah teknik yang paling ringkas. Ia teknik pemasaran secara tidak langsung. Amat mudah dilakukan dengan meletakkan sig file itu dibahagian akhir setiap emel, ezine atau apapun maklumat yang ingin anda sampaikan. Anda dapat meletakkannya bersama sama emel harian ataupun mesej mesej biasa kepada kawan kawan.
Mungkin emel emel anda yang mengandungi cerita cerita lawak atau maklumat berguna akan diforward kepada rakan mereka yang lain. Disinilah berlaku penyebaran maklumat mengenai anda yang akan tersebar dalam masa yang singkat.
Cara buat sig file :


Selamat mencuba.
![]()

Jika anda menjual produk - produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.
Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian serta menarik, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.
Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:
1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover
Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 - RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja! Ia sangat mahal bagi yang tidak mempunyai bajet yang cukup. Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?
Pilihan kedua
Jika anda mahir menggunakan “TOOLS” yang disediakan di dalam Photoshop atau GIMP, anda boleh menghasilkan rupa bentuk eCover anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rupa bentuk ecover yang diingini seperti rupa DVD box, eBOOK, CD, dan sebagainya.
Bayangkan jika 1 design mengambil masa 2 jam… Brapakah jumlah masa yang anda perlukan untuk menghasilkan 10 bentuk design?
Pilihan ketiga (DISARANKAN!)
Ini adalah pilihan yang bijak di mana anda menggunakan action script eCover untuk menghasilkan ecover pilihan anda. Anda boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover yang telah diciptakan khas untuk anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya tekan butan PLAY, dan kemudian rupa bentuk eCover idaman anda akan terhasil!
Apa itu action script? Action script adalah “RAKAMAN” yang telah dibuat oleh penghasilnya bagi memudahkan segala tugas melakukan design. Jika kita ingin menghasilkan rupa design yang sama di masa hadapan, kita hanya perlu memainkan rakaman tersebut dan seterusnya rupa design yang diingini akan dihasilkan hanya beberapa minit sahaja! Sudah tentu ini memudahkan kerja anda serta menjimatkan masa.
Walaubagaimanapun, untuk menggunakan action script ini, anda memerlukan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh download Adobe Photoshop (Trial Version) di http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/
Jika anda SUDAH memiliki perisian ini, maka saya amat mengesyorkan anda untuk melihat action script di:
==> http://use-sell.com/2/s68451/1512411re/85697
(Anda boleh download action script percuma di laman tersebut juga!)

Dalam kita melakukan sesuatu perkara, dorongan dan sokongan dari rakan dan orang yang positif akan membantu kejayaan kita didalam bidang yang kita ceburi. Ini kerana seseorang yang berfikiran positif akan sentiasa memberikan kita semangat dan sering mengatakan ‘boleh’ kepada sesuatu perkara yang hendak kita lakukan tanpa sebarang keraguan. Mereka juga sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba walaupun risikonya kegagalan.
Hasad dengki tidak wujud didalam diri mereka yang ingin lihat orang lain maju. Mereka akan sering menggalakkan dan amat menghargai kejayaan yang ada pada diri orang lain untuk mencipta kejayaan. Sifat kekitaan dan semangat kerja berkumpulan kerapkali dapat digambarkan dan dilakukan oleh mereka yang berfikiran positif.
Istilah istilah negatif seperti menikam dari belakang, musuh dalam selimut, duri dalam daging, api dalam sekam dan lain lain istilah negatif tidak pernah wujud dalam diri mereka yang positif. Orang positif sering tersenyum, jujur, berhati mulia, sering membantu, mudah didekati, optimis, bertolak ansur, penyayang dan banyak lagi ciri ciri manifestasi fikiran yang positif.
Orang negatif pula kalau anda lihat terdiri daripada ciri ciri manifestasi fikiran yang negatif pelbagai. Segalanya salah dari sudut pandangan mereka mengenai orang lain. Dan sentiasa cuba melemahkan semangat orang lain dengan berbagai alasan mereka yang tidak patut didengarpun. Dengar boleh, ikut jangan kerana kadang kadang anda yang mendengarnya juga jadi hilang semangat.
Bergaullah dengan mereka yang positif pemikirannya kelak anda juga akan terus bersemangat.
![]()
Saya masih lagi tengah seronok bermain dengan gimp v2.6 untuk mengedit imej dan juga cuba mereka bentuk header untuk minisite saya. Walaupun gimp v2.6 ini merupakan perisian percuma (open source) tapi hasilnya agak menarik juga walaupun tak sehebat menggunakan Adobe Photoshop yang mahal harganya . Jadi dengan gimp pun kita boleh belajar untuk memahirkan diri dalam mencipta dan merekabentuk grafik grafik mudah untuk membina header minisite ataupun berbagai saiz banner. Saya telah berjaya membina beberapa header untuk minisite yang akan saya buat selepas ini. Ini adalah hasil kerja saya menggunakan gimp v2.6. Saiz sebenar header ini adalah 700×180.






Jika anda belum mempunyai perisian ini anda boleh download di http://gimp.org/downloads/. Anda boleh belajar asas asas penggunaannya sebagai permulaan. Anda juga boleh membina header anda sendiri dengan daya kreativiti anda untuk blog terutamanya blog blogspot dimana anda boleh meletak image dibahagian header untuk kelihatan lebih menarik dan berbeza. Jika anda suka untuk mengubah header tapi malas nak buat kerja kerja ni semua, anda boleh hubungi saya disini. Saya boleh bantu anda untuk membuat header yang anda mahukan. Anda cuma perlu beritahu saiz header dan juga image yang ingin anda letak didalam header tersebut. Saya akan cuba siapkan header anda dalam masa 24 jam. Harga istimewa untuk anda sebagai pelawat blog saya.
Bina Blog Wordpress anda dengan domain dan hosting sendiri.
![]()
25 Apr
Posted by Mezain as Ebook, Motivasi, Tips dan Panduan
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan ebook percuma Panduan Ringkas Teknik Pemasaran affiliate. Ebook atau buku elektronik adalah satu lagi cara pemasaran viral dilakukan. Didalam penghasilan ebook ini saya hanya menggunakan sumber yang ada di internet sahaja untuk melakukan percubaan pertama setelah mendapat idea hasil dari pembacaan banyak ebook ebook dari penulis lain. Terasa seronok dapat menghasilkan ebook hasil tulisan dan ciptaan sendiri.
Post saya kali ini sekadar ingin berkongsi pengalaman sebagai newbie dalam menghasilkan ebook ini. Bagi otai otai IM mungkin telah menghasilkan berpuluh puluh ebook mereka sendiri dan bukan lagi tugas yang sukar bagi mereka untuk menghasilkan sebuah ebook.
Saya memulakan ebook ini dengan menulis isi kandungan yang ingin disampaikan iaitu satu teknik dalam pemasaran affiliate. Idea penulisan diambil hasil dari bacaan artikel dan pengalaman sendiri dalam melakukan teknik ini. Menulis menggunakan Words dan kemudiannya disimpan didalam format PDF (Portable Document Format). Dan kemudian menyediakan ecover untuk ebook tersebut untuk kelihatan lebih menarik. Saya memang tak pandai nak buat ecover ni tapi saya cuba juga dan hasilnya tidaklah buruk sangatpun. Untuk membuat ecover saya menggunakan perisian GIMP (percuma). Anda boleh download kalau ingin cuba menggunakan perisian ini. Agak menarik juga perisian ini jika anda memang berbakat didalam bidang grafik. Anda boleh gunakan GIMP ini untuk membina header, banner dan lain lain tugasan grafik.
2 perkara dah selesai, dan proses seterusnya untuk membuat borang langganan (subscribe form). Proses ini saya menggunakan satu lagi perisian percuma di internet iaitu perisian NVU. Menggunakan NVU sangat mudah kerana ia berkonsep WYSIWYG (What You See Is What You Get) jadi tidak terdapat banyak masaalah walaupun anda tidak faham dengan kod kod bahasa komputer seperti html atau php. Anda boleh download kalau ingin mencuba. Untuk membuat laman web yang ringkas seperti borang langganan, download page, squeeze page, landing page atau berbagai page lagi hanya memakan masa yang singkat sahaja. Ini merupakan satu alternatif yang bagus jika anda tidak memiliki perisian seperti Frontpage ataupun Dreamweaver. Saya belum berkesempatan menggunakan kedua duanya. Cara penggunaannya mungkin agak sama. Ada lagi satu alternatif lain jika anda memang malas sangat nak buat benda benda ni. Anda boleh dapatkan 3 minisite percuma yang dah tersedia disini. Mungkin selepas ini saya akan cuba pula menggunakan minisite percuma dari Luvlee ini.
Selepas siap semua proses diatas, barulah saya memulakan proses upload ke hosting laman web ini. Untuk proses upload ini atau memindahkan fail fail dari pc ke hosting kita kena menggunakan satu lagi perisian iaitu yang dinamakan Filezilla. Sebenarnya sayapun kurang mahir lagi menggunakan Filezilla ini. Tapi takpe itu semua proses pembelajaran. Kalau tak bila lagi nak pandai guna semua benda ni. Ia mudah sebenarnya jika anda tahu menggunakannya dan ia akan menjadi susah pada mulanya jika anda belum pernah cuba cuba untuk menggunakannya. Bak kata Catzer…”Cuba jer Bro..kita kena berani mencuba”. Di peringkat ini terdapat juga masaalah sikit sikit. Nasib baiklah dapat buat rujukan sikit pada Sifu saya Sukeri dan pada Catzer juga sempat bertanya. Terimakasih kepada keduanya kerana membantu.
Jika anda ingin memudahkan lagi proses pembelajaran mengenai FTP ini anda boleh dapatkan panduan FTP dari SmartZul. Memahami secara asas kod html juga satu kelebihan jika anda ingin mengubah atau memasang kod banner atau lain lain kod dilaman web anda. Bukan mendalami sangat, cukup sekadar secara asas sahaja. Untuk belajar mengenai kod kod html ini saya syorkan anda dapatkan Panduan Mudah HTML oleh Mazlie Nazri supaya lebih mudah untuk anda membuat perubahan perubahan kecil di laman web.
Sebagai newbie proses pembelajaran menghasilkan ebook ini sangat menarik kerana banyak perkara baru yang dapat dipelajari seperti menggunakan beberapa sumber perisian percuma (opensource) seperti GIMP2, NVU, Filezilla, doPDF dan mengubah simple simple kod menggunakan NVU. Mungkin ini satu permulaan yang baik untuk menghasilkan ebook yang lebih bagus untuk dijadikan produk sendiri (tengah mencari idea). Apa yang lebih penting disini saya rasa adalah belajar dan mencuba sesuatu yang baru dari apa yang telah kita pelajari. Belajar tetapi tidak menggunakan ilmu yang telah kita pelajari juga satu kerugian dan suatu pembaziran ilmu.
Jika saya boleh lakukan saya rasa anda juga mampu untuk melakukan. Rakyat Malaysiakan semua boleh. Untuk newbie anda boleh dapatkan Manual Newbie yang ditulis oleh Catzer, 19 kemahiran Newbie kerana saya rasa ia banyak membantu mengenai segala kemusykilan yang anda hadapi sebagai newbie. Ebook ini percuma. Antara kemahiran yang anda dapat seperti mengupload fail ke hosting, membuat text atau image link, membuat download link, tukar chmod dan berbagai lagi kat dalam ebook tu. Dan hasil daripada bacaan Manual Newbie itu maka siaplah sudah projek ebook percuma saya - Panduan Ringkas Teknik Pemasaran Affiliate. Anda boleh dapatkan ebook percuma saya ini dan sebar sebarkan kepada rakan rakan anda sebagai hadiah atau apa apa sahaja asalkan tidak mengubah isi kandungannya.
Renungan - Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak, Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna.
Salam kejayaan buat anda.
Terlalu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan pelbagai alasan bila diminta untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan sehingga kadang kadang tidak dapat diterima oleh akal samasekali. Alasan seperti “Saya tidak boleh.. Saya tidak mampu sebab… Pendidikan saya belum memadai.. Saya sudah terlalu tua.. Saya masih terlalu muda.. saya tidak ada masa..” dan 1001 alasan lain lagi.
Sesiapapun mampu mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan alasan hanya akan menghambat seseorang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
Gunakan daya imaginasi, otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apa pun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif.
Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran yang negatif seperti penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda fikirkan. Jika anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnes, pemikiran itu pada gilirannya akan berakar umbi dalam diri anda.
Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imaginasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
Jangan takut dengan kegagalan. Kegagalan telah menghalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya pada diri dan penuh dengan segala keraguan.
Semakin hari, peratusan penceraian pasangan yang berumah tangga semakin meningkat. Kadangkala, walaupun perkahwinan tersebut hasil daripada hubungan yang terbina sejak berbelas tahun dahulu, mereka tetap kecundang juga dengan perkahwinan yang hanya berusia beberapa hari atau bulan. Ada pula, hubungan sahaja yang bernama suami isteri. Tetapi, tempat tidur berasingan, si isteri masak untuk dirinya dan anak-anak sahaja manakala si suami makan di luar dan sebagainya.
Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua ini berlaku kerana mereka berdua sudah tidak sefahaman lagi. Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya. Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Tawan hati suami anda kembali dengan Ebook Panduan Cinta Untuk Wanita! Ebook ini telah mendedahkan satu persatu bagaimana untuk menawan hati suami anda kembali. Ia menunjukkan anda bagaimana untuk memahami sikap, sifat dan kehendak seorang lelaki. Saya yakin anda mahukan perkahwinan yang berkekalan buat selamanya. Tiada rujukan terbaik selain daripada maklumat yang diberikan oleh kaum lelaki sendiri mengenai apa yang mereka impikan dari seorang wanita. Miliki ebook ini sekarang! Selepas ini, si dia akan berada di dalam dakapan anda kembali, merindukan belaian dan nafas anda dan anda adalah wanita terbaik di hati mereka.
Semoga kebahagiaan menjadi milik anda.
Dapatkan juga Kamasutra bergambar Versi Bahasa Melayu… Klik disini
Twitter merupakan salah satu daripada laman sosial selain daripada Myspace, friendster dan beberapa yang lain sejenis dengannya. Malah dapat dimanfaatkan sebagai sebagai satu senjata pemasaran mengikut kreativiti anda. Ia boleh diandaikan sebagai platform microblogging kerana ia menyediakan ruang yang terhad iaitu hanya dengan 140 aksara (character). Ia membenarkan kawan kawan atau pengikut twitter anda mengikuti perkembangan semasa atau apa aktiviti yang sedang anda lakukan.
Apa yang dapat anda lakukan diruang yang terhad ini ialah menulis ayat yang ringkas sebagai penarik untuk kelaman web dengan meletakkan link kelaman web perniagaan anda. Ia sedikit sebanyak membantu menambah trafik kelaman web anda. Sebagai peniaga anda sudah tentu boleh menggunakan kaedah ini sebagai salah satu teknik pemasaran anda. Khidmat yang diberi olah twitter adalah percuma dan anda boleh daftar di http://twitter.com/signup. Saya juga telah membuka akaun twitter, jika anda nak follow bolehlah ke http://twitter.com/mezain.
Terdapat juga satu tools yang boleh mengembangkan rangkaian twitter anda dengan pantas. Hanya beberapa minit setelah mencuba dah ada tambahan follower pada twitter anda. Ianya berlaku secara automatik, kalau anda promosikan lagi la cepat ia berkembang. Anda boleh gunakan tool ini di:
http://tweetergetter.com/mezain
Selamat mencuba
26 Mar
Posted by Mezain as Affiliate, Tips dan Panduan
Jika anda lihat terlalu banyak program affiliate di internet. Anda cuma perlu daftarkan nama dan maklumat diri untuk memulakan promosi. Tetapi sebelum menyertai sebarang program affiliate pastikan pilihan anda. Lakukan sedikit kajian program yang dipilih. Dapatkan jawapan kepada beberapa persoalan kerana ia merupakan keputusan kepada kejayaan pencapaian anda nanti.
Disini beberapa persoalan dan jawapan yang perlu anda tahu sebelum menyertai program affiliate di internet.
Adakah anda perlu mengeluarkan kos?
Kebanyakan program affiliate yang ditawarkan tidak memerlukan sebarang kos kerana ia adalah percuma. Jadi tiada sebab kenapa anda perlu mengeluarkan sebarang kos.
Bilakah pembayaran komisen dilakukan?
Pembayaran komisen biasanya dilakukan sebulan sekali dan ada juga sebulan dua kali mengikut had minimum pembayaran yang telah ditetapkan oleh mereka. Pilihlah pembayaran mengikut kesesuaian kehendak anda.
Apakah ratio hit per sale?
Ini adalah merupakan purata hit kepada banner ataupun text link untuk menghasilkan jualan berdasarkan statistik affiliate. Ini penting kerana ia memberitahu anda banyak manakah trafik yang diperlukan sebelum mendapatkan komisen dari jualan.
Bagaimana referral daripada web affiliate dikesan dan berapa lamakah ia berada didalam sistem?
Anda kena yakin dengan sistem yang digunakan untuk mengesan mereka yang diperkenalkan dari laman affiliate anda. Jangkamasa didalam sistem mereka juga penting. Ini kerana pelawat laman anda biasanya tidak akan membuat terus belian pada kali pertama tetapi akan kembali semula jika ingin membeli. Pastikan anda masih mendapat bayaran dari jangkamasa pembelian tersebut.
Apakah statistik affiliate anda dapat digunakan?
Program affiliate yang anda pilih mestilah menyediakan laman statistik yang lengkap. Anda dapat memeriksanya pada bila bila masa. Ini penting kerana anda dapat mengikuti perkembangan yang berkaitan tentang laman web affiliate yang anda sertai, dari jumlah trafik, jualan dan sebagainya.
Adakah program affiliate yang anda sertai one tier atau 2 tier?
Program 1 tier hanya membayar jualan yang anda sendiri lakukan manakala 2 tier pula memberi anda peluang untuk menadapat bayaran daripada jualan anda dan jualan mereka yang telah menjadi sub affiliate anda. Terdapat juga program affiliate yang memberi sedikit bayaran jika anda dapat memperkenalkan program mereka kepada orang lain.
Terakhir sekali, berapakah jumlah komisen yang dibayar?
20% - 80% (terdapat juga 100%) adalah komisen yang dibayar oleh kebanyakan program affiliate.
Ini merupakan beberapa jawapan kepada beberapa persoalan yang perlu anda ketahui sebelum menyertai sebarang program affiliate. Anda kena biasa dengan beberapa aspek penting dalam affiliate yang anda sertai atau boleh cuba hubungi mereka untuk memastikan anda menyertai program yang berbaloi dengan hasil usaha anda nanti.
Salam kejayaan. Moga tips ini memberi manfaat kepada anda.




| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
KLIK DI SINI