Kenali Saya
Mezaindotcom dimulakan pada Mac 2008 setelah tercetus idea untuk memulakan perniagaan di internet. Mezain bermula dengan menyertai beberapa program Affiliate dan MLM. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat dan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan dan produk bolehlah menghubungi saya disini.
Nama saya Zain @ Mezain. Sedikit tentang latar belakang saya, dilahirkan di Sabak Bernam dan dibesarkan di Klang. Melayari internet merupakan satu hobi dan minat saya. Dan baru bermula untuk berjinak jinak dengan dunia blogging dan sedang berusaha kearah mencapai matlamat dan impian untuk menjadikan blog ini sebagai satu sumber pendapatan.
Satu lagi minat saya ialah membaca buku buku motivasi kerana saya rasa sebagai seorang yang ingin mencapai kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi harus mendapatkan motivasi yang berterusan bagi menjamin semangat yang membara tidak akan pudar. Motivasi sangat penting untuk peningkatan diri. Mungkin oleh kerana saya sendiri pernah melalui beberapa siri kegagalan dalam menyelusuri rimba kehidupan maka motivasi adalah satu ubat atau dos yang sangat mujarab bagi mengatasi segala kesedihan dari kegagalan yang lalu. Itulah salam perkenalan secara ringkas kepada anda mengenai zain@mezain bagi anda yang ingin mengenali.
Salam kejayaan untuk anda.
~mezain~



