Perniagaan di internet banyak menggunakan affiliate partner untuk memasarkan produk produk mereka. Penggunaan sistem affiliate digunakan untuk menambah kuantiti jualan sesuatu produk. Bagi anda yang tidak mempunyai produk sendiri untuk dipromosikan di internet anda masih berpeluang untuk mendapatkan pendapatan dengan menyertai program affiliate sebagai affiliate partner dan mendapat keuntungan dari komisyen yang diberikan oleh peniaga yang memasarkan produk mereka apabila anda berjaya menjual produk produk mereka.
Dengan menjadi rakan kongsi perniagaan internet atau dikenali sebagai affiliate partner ini anda boleh menjual produk dan perkhidmatan dari peniaga lain dan mendapat komisyen hasil dari jualan produk tersebut. Kebiasaannya anda akan menerima komisyen antara 5% - 50% bergantung kepada produk atau perkhidmatan yang diberikan. Ini bermakna anda akan mendapat RM50.00 dari produk yang berharga RM100.00 (jika komisyen 50%).
Apa yang anda perlu lakukan untuk menjadi affiliate partner adalah terlalu mudah iaitu dengan mendaftar sebagaiĀ ahli kepada sesuatu perniagaan internet dengan mengisi maklumat diriĀ anda termasuk juga cara cara peniaga tersebut membayar komisyen anda jikalau anda berjaya mendapatkan jualan untuk produk dan perkhidmatan mereka.
Setelah mendaftar anda akan diberikan sebaris kod html yang berbentuk link. Sebagai contoh http://afmall.net/zain69. Dimana afmall.net sebagai perniagaan internet dan zain69 merupakan affiliate anda. Anda akan menggunakan link ini untuk membawa pelawat laman web anda ke laman web peniaga tersebut.
Dengan menjadi affiliate partner dapat membantu anda menjalankan perniagaan dengan mudah walaupun anda tidak mempunyai sebarang produk dan juga laman web sendiri. Apa yang perlu anda fokuskan adalah memasarkan link laman web anda. Anda masih boleh gunakan medium medium lain untuk tujuan promosi. Melalui emel juga boleh, dengan meletakkan affiliate link anda dalam emel emel yang dihantar keoada sesiapa sahaja dalam mailing list anda.
Disini adalah contoh beberapa affiliate program yang saya sertai. Antaranya ialah :-
Banyak lagi sebenarnya program affiliate samaada tempatan atau antarabangsa yang boleh anda sertai. Ini merupakan satu peluang yang baik bagi anda untuk memulakan langkah menjana pendapatan sampingan di internet. Dan yang bagusnya anda tidak perlu risau jika belum mempunyai produk sendiri untuk berniaga di internet.
Salam kejayaan untuk anda.
~mezain~
3 Responses
Jagung
June 5th, 2008 at 12:03 pm
1Nicole Vanderbilt dari syarikat Jupiter Communications ada mengatakan bahawa “tahun 2002, kira-kira USD 37.5 bilion jualan melalui internet, tidak termasuk auto, datangnya daripada program affiliate.”
Bayangkan potensinya dalam masa 10-20 tahun lagi.
(di petik dari buku Buat Duit Dari Rumah - Rozani Pawan Chek).
mezain
June 9th, 2008 at 10:44 pm
2Dari angka tersebut, potensinya memang besar Jagung, rugi juga kalau tak ambil kesempatan dari program affiliate ni kan.
ria
June 12th, 2008 at 1:29 pm
3emmm, ape program affiliate di Malaysia? Contoh?
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
ADS
EBOOK PANDUAN
- Affiliate
- Bisnes Mudah
- Ebook
- Info Pengguna
- Inspirasi
- Motivasi
- Tips dan Panduan
- Umum
- September 2008
- August 2008
- July 2008
- June 2008
- May 2008
- April 2008
- March 2008
- Mezain dan Lagu
- Jokes@Jenakaria
- Funny Pictures
- Video Lucu
- Artikel Buat Duit Online
- Putera Info
- Register
- Log in
- Valid XHTML
- XFN
- WordPress
October 2008
M
T
W
T
F
S
S
« Sep
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
Categories
Archives
Links
Meta
Calendar
Langgan Artikel
Salam ziarah
Free chat widget @ ShoutMix
Yang Melawat
Link Exchange
Jom Lawat
ANDA DIMANA